Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Syed Saddiq hadir perhimpunan Bersatu dengan wajah berbalut

Kecederaan di muka dan kaki kanan akibat jatuh motor tidak menghalang Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini tetap hadir ke pembukaan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) parti ke-2 di Putrajaya, hari ini.

Katanya, akibat kecederaan itu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Siti Hasmah Mohamed Ali agak marah kerana beliau tidak berhati-hati.

“Kecederaan ini tiga hari lepas jatuh motor, akan pulih dalam tempoh terdekat, banyak orang marah termasuk Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah tapi kecedaraan biasa, tapi dalam tempoh seminggu dua ini akan sembuh.

“Selain kecederaan di muka, adalah kaki. Kaki terseret sebelah kanan, biasalah kesilapan berlaku.

“Yang paling penting, bukan pasal muka tapi esok hari bersejarah. Saya tak nak terlepas, dah lama kita rancang,” katanya kepada pemberita di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Berjalan terhencot-hencot

Katanya lagi, Doktor yang merawatnya sudah berpesan supaya beliau lebihkan berehat selepas insiden berkenaan.

“(Doktor pesan) jaga-jaga, hati-hati lain kali. Doktor ada pesan berehat di rumah tapi esok hari bersejarah, saya tak nak lepaskannya,” katanya.

Syed Saddiq yang hadir dengan wajah berbalut dan berjalan secara terhencot-hencot mencuri perhatian ahli Bersatu yang hadir ke perhimpunan tersebut.

Ada diantara mereka menyapa dan bertanyakan khabar termasuk Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu.

Ahmad Faizal dalam nada seloroh dan ketawa berkata “ini kali pertama, saya nampak lebih kacak dari Syed Saddiq”.

Lihat Komen
ADS