Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pemuda Bersatu: Tumpu Melayu memerlukan, bukan yang sudah kaya
Diterbitkan:  Dec 29, 2018 3:21 PM
Dikemaskini: 7:21 AM

AGM BERSATU | Dalam perbahasan tertutup Pemuda Bersatu hari ini, para perwakilan membahaskan keperluan terhadap dasar bagi membantu orang Melayu yang memerlukan, bukannya yang sudah kaya.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sidang media selepas perbahasan itu.

Beliau berkata, perwakilan membangkitkan kepentingan dasar yang berlaku adil kepada golongan B40 (berpendapatan rendah).

"Sebagai contoh, tiada fokus khusus kepada B40 dalam soal perumahan, diskaun masih diberikan kepada orang Melayu yang bergaji atau memiliki aset mencecah RM1 juta.

"Sedangkan ia sepatutnya diberikan kepada orang Melayu dalam kategori B40 dan jumlah mereka agak ramai," katanya.

Beliau juga menyokong gesaan Srikandi Bersatu agar pengambilan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) ditumpukan kepada golongan itu.

Ismail Sabri Yaakob - ketika menjadi menteri kemajuan luar bandar dan wilayah - tahun lalu mendakwa 60 peratus permohonan kemasukan MRSM adalah daripada keluarga berpendapatan sederhana atau tinggi.

Syed Saddiq berkata perwakilan juga menggesa golongan muda turut diberi peranan sebagai ketua kampung, serta menjadi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) dan lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan bagi memberi ruang kepada mereka terlibat dalam pembangunan negara.

Katanya lagi, topik lain yang dibahaskan adalah keadaan pekerjaan di masa depan serta penguasaan bahasa Inggeris.

Lihat Komen
ADS