Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menghantar notis kepada restoran makanan segera KFC dan McDonald's untuk meminta penjelasan berhubung kenaikan harga makanannya baru-baru ini.

Timbalan Pengarah Penguatkuasa KPDNEHP Iskandar Halim Sulaiman berkata kedua-dua restoran itu diberi tempoh sehingga 5 Januari ini untuk menghantar laporan mereka.

"Notis dikeluarkan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011. Notis itu memerlukan mereka memberi penjelasan sebab kenaikan harga.

"Ada undang-undang untuk melindungi pengguna, isu ini juga dibangkitkan di media sosial dan media. Sebab itu kita tanya mereka mengapa naikkan harga," katanya kepada Malaysiakini.

Iskandar bagaimanapun berkata ia bukanlah amaran, tetapi hanya notis meminta penjelasan.

Minggu lalu QSR Brands (M) Holdings Bhd - syarikat pemilik KFC - mengakui pihaknya melakukan "sedikit penyelarasan harga".

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS