Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Duta: China sedia ganding bahu dengan M’sia
Diterbitkan:  Jan 1, 2019 9:22 AM
Dikemaskini: 1:22 AM

China menyatakan kesediaannya berganding bahu bersama rakyat dan kerajaan Malaysia, maklum Duta Besarnya Bai Tian dalam ucapan tahun baru 2019.

“Tahun ini 2019 menandakan ulang tahun ke-45 hubungan diplomatik antara China dan Malaysia.

“…China sedia bergandingan bersama kerajaan dan rakyat Malaysia. Bagi China dan Malaysia, tahun 2019 terbentang buat kami, penuh dengan kemungkinan dan aspirasi,” katanya dalam suatu kenyataan.

Bai Tian dalam ucapan tahun baru itu juga berkata Chin percaya di bawah kepimpinan baru , Malaysia akan terus bergerak ke arah kemakmuran dan kestabilan.

“Pada 2018, Malaysia menyaksikan pilihan raya umum yang bersejarah dan pertukaran kerajaan yang aman.

“Kami percaya di bawah kerajaan baru, Malaysia akan mencapai kemajuan dan teguh bergerak ke arah kemakmuran dan kestabilan,” katanya.

ECRL, saluran paip gas

Selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran Putrajaya, kerajaan mengumumkan untuk mengkaji pembatalan projek-projek mega dengan China, antaranya projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL).

Dr Mahathir pada 21 Ogos 2018, semasa lawatannya ke China, mengumumkan pembatalan projek ECRL dan Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) atas alasan keadaan kewangan negara.

Pembinaan ECRL melibatkan laluan sejauh 688.3 kilometer itu dengan kos melebihi RM80 bilion membabitkan syarikat Malaysia Rail Link Sdn Bhd dan kontraktor utama China Communications Co. Ltd (CCCC).

Dr Mahathir Mohamad ketika hadir majlis World Chinese Economic Forum pada 9 November 2018 mengakui rundingan semula projek ECRL merupakan proses yang sukar.

"Ia bukan hal yang mudah untuk merundingkannya semula tetapi kami akan meneruskannya sampailah kami berjaya," katanya sambil menjelaskan tidak dapat memberikan tempoh masa muktamad yang diperlukan dalam merundingkan semula projek berkenaan.

Lihat Komen
ADS