Berita Malaysiakini

PM: Runding semula ECRL tak mudah, tempoh belum tentu

Kow Gah Chie  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengakui rundingan semula projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) merupakan proses yang sukar.

"Ia bukan hal yang mudah untuk merundingkannya semula tetapi kami akan meneruskannya sampailah kami berjaya," katanya kepada media ketika hadir majlis World Chinese Economic Forum hari ini.

Mahathir berkata tidak dapat memberikan tempoh masa muktamad yang diperlukan dalam merundingkan semula projek berkenaan.

Kerajaan memberi tanggungjawab merundingkan semula ECRL kepada pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Daim Zainuddin.

Daim dilaporkan berkata perbincangan antara Malaysia dan firma Cina telah bermula tetapi beliau memerlukan lebih banyak masa untuk menangani perkara itu.

Projek ECRL bernilai RM80 bilion pertama kali diluluskan oleh kerajaan sebelum ini pada 21 Oktober 2016, dan perjanjian kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan telah ditandatangani dengan China Communication Construction Company pada 1 November tahun itu.

Walau bagaimanapun, kerajaan baru telah membatalkan projek itu, berkata kosnya terlalu mahal dan tidak mempunyai kemampuan ekonomi untuk dilaksanakan.

[Baca berita penuh]