Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Maszlee: Kuota B40 untuk SBP tidak jejas pelajar cemerlang

Menteri Pendidikan Maszlee Malik yakin kuota 60 peratus di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) untuk pelajar kurang bernasib baik tidak akan memberi kesan kepada pelajar cemerlang.

Katanya, pelajar cemerlang akan terus berjaya jika diletakkan dimana-mana sekolah.

“Pelajar cemerlang letak mana pun akan cemerlang. Mengikut pengalaman saya, Walaupun kat sekolah kampung (mereka) akan cemerlang, (letak) disekolah biasa pun akan cemerlang,” kata Maszlee kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Terdahulu beliau membuat lawatan pada hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan Presint 14, Putrajaya.

Kuota untuk pelajar B40 di sekolah berasrama mula berkuat kuasa tahun ini dengan matlamat untuk terus membantu golongan kurang berada memperoleh kemudahan pendidikan berkualiti.

Maszlee turut berkata, langkah itu adalah untuk kembalikan SBP kepada matlamat asal sebelum ia jadi pilihan elit.

“Kembalikan semangat sekolah berasrama penuh. Dulu asrama untuk orang miskin, orang luar bandar dan kurang kemampuan tapi mutakhir ini dah jadi macam sekolah elit.

“Anak orang kaya pun masuk sekolah asrama penuh. Akhirnya anak-anak yang kurang kemampuan tak dapat peluang.

“Jika kita ingin bantu ekonomi rakyat, kita ingin bantu golongan berpendapatan rendah, beri anak-anak mereka peluang untuk dapat pendidikan yang baik disekolah asrama.

“Jadi bukan sekadar B40, kali ini kita tumpukan juga kepada miskin kota dan anak-anak anggota berunifom pangkat rendah, kebanyakan mereka kurang dapat peluang berbanding anak-anak lain,” katanya.

Sementara itu, mengenai perkara berasingan Maszlee berkata laporan mengenai Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) akan dibentangkan apabila ia siap.

"Kami akan memaklumkan apabila sudah siap," katanya.


Lihat Komen
ADS