Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Khairuddin kagum TMJ mohon maaf
Diterbitkan:  Jan 3, 2019 1:21 PM
Dikemaskini: 5:23 AM

Aktivis Khairuddin Abu Hassan menyatakan kekagumannya terhadap tindakan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang memohon maaf secara terbuka atas kesilapannya.

“Sifat ini harus dipuji kerana saya yakin TMJ amat ikhlas dalam mengeluarkan kenyataan ini.

“Proses tegur menegur harus ada tetapi ia mestilah berteraskan keikhlasan, berhemah, beretika serta profesional,” katanya.


Baca: 'Silap saya, saya minta maaf'


Terdahulu, TMJ memohon maaf atas kesilapan beliau sepanjang tahun lalu.

Beliau bagaimanapun menegaskan teguran beliau sebelum ini dibuat semata-mata kerana mahukan kerana “benar-benar mahukan kerajaan untuk berjaya” dan tidak akan berhenti bersuara.

Khairuddin sebelum ini mencadangkan TMJ turun takhta dan berpolitik sepenuh masa selepas beberapa kali mengkritik pemimpin kerajaan, termasuk Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Dalam kenyataan hari ini, Khairuddin juga menggunakan bahasa lebih lembut dan menegaskan tegurannya pada TMJ sebagai “amat ikhlas”.

Beliau juga menegaskan beliau adalah “orang Melayu yang kuat mempertahankan institusi diraja sehingga akhir zaman”.

“Raja dan rakyat berpisah tiada.” katanya

“Dalam masa yang sama, kerabat-kerabat diraja juga harus berhati-hati dalam membuat kenyataan-kenyataan yang kemungkinannya boleh menyebabkan rakyat marhaen hilang hormat pada institusi diraja.”

Lihat Komen
ADS