Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Beli kondo: Isa diarah fail penyataan pembelaan

Bekas Pengerusi Felda, Mohd Isa Samad hari ini diarah memfailkan penyataan pembelaan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung saman difailkan oleh FGV Holdings Bhd membabitkan pembelian dua unit kondominum mewah di Troika, Kuala Lumpur.

Isa diminta memfailkan pembelaannya pada 4 Feb lalu, kata peguamnya, Lavinia Kumaraendran.

Sementara itu, ketua pegawai eksekutif FGV, Mohd Emir Mavani Abdullah yang juga dinamakan sebagai defendan kedua masih belum melantik peguam bagi kes itu.

Perkara itu dinyatakan oleh peguam FGV, Ang Hean Leng. Berikutan itu, mahkamah menetapkan 23 Jan untuk pengurusan kes di hadapan pendaftar mahkamah Shuhada Ramli.

FGV memfailkan saman itu bulan lepas terhadap Isa dan Emir berhubung pembelian dua unit kondominium, yang didakwa dibeli "pada harga yang jauh melebihi nilai pasaran dan tanpa usaha wajar yang wajar."

Semasa pemfailan dengan Bursa Malaysia, FGV juga mendakwa penggunaan dan pemilikan unit-unit itu oleh defenden dibuat secara salah dan tanpa kebenaran.

Daripada RM12.2 juta itu, FGV menuntut RM3.2 juta daripada Emir kerana didakwa menyalahgunakan beberapa kenderaan yang dibeli oleh syarikat itu serta faedah petrolnya.

Terdahulu FGV menuntut sebanyak RM514 juta daripada Isa, Emir dan 12 bekas pengarahnya akibat kegagalan kesemua defendan melaksanakan kewajipan dan tanggungjawab masing-masing serta kesetiaan atau kewajipan untuk melakukan penjagaan, kemahiran dan ketekunan yang munasabah.

Lihat Komen
ADS