Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
100 bekas kakitangan Jasa mohon masuk Bersatu
Diterbitkan:  Jan 7, 2019 6:45 PM
Dikemaskini: 10:57 AM

Kira-kira 100 bekas kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dijangka  menyertai Bersatu pada Rabu ini.

Menurut surat siaran jemputan kepada media, kumpulan itu akan menyerahkan borang keahlian mereka pada suatu majlis di Shah Alam.

Setiausaha politik kepada perdana menteri, merangkap anggota Majlis Tertinggi Bersatu, Abu Bakar Yahya dilaporkan akan menerima borang berkenaan.

Jasa merupakan unit propaganda yang dibubarkan pentadbiran PH selepas PRU14. Sebelum ini, Jasa diletakkan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Menurut dokumen perbelanjaan kerajaan persekutuan, Jasa memiliki 272 kakitangan.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata separuh daripada jumlah itu merupakan lantikan politik.

Sebelum dibubarkan, Jasa diketuai bekas anggota majlis tertinggi Umno, Mohd Puad Zakarshi dan bekas pengerusi unit media baru pemuda Umno, Tun Faisal Ismail.

Anggota parlimen DAP, Lim Kit Siang pernah memaklumkan Puad dibayar gaji yang lebih tinggi daripada menteri kabinet, dan mendakwa ia bertujuan melindungi perdana menteri ketika itu, Najib Razak.

ADS