SPRM tangkap pengarah sebuah agensi pusat di Pulau Pinang
SPRM menahan seorang pengarah sebuah agensi kerajaan pusat di Pulau Pinang atas dakwaan menyalahgunakan kedudukan.
Dia didakwa mencadangkan projek kerajaan bernilai RM45,472 kepada syarikat anaknya.
Individu 58 tahun itu ditahan kira-kira jam 8 pagi tadi bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2019 di pejabat suruhanjaya itu di George Town.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun atau didenda lima kali ganda nilai wang rasuah.
Menurut SPRM, pengarah itu mencadangkan syarikat anaknya untuk mendapatkan sebuah projek tadika.
Suspek dijadual dibawa ke Mahkamah Majistret pada jam 2 petang ini bagi mendapatkan perintah reman, menurut penyiasat SPRM.
Semalam, Setiausaha Kerajaan Negeri Farizan Darus berkata jumlah kes rasuah membabitkan penjawat awam di Pulau Pinang membimbangkan dengan 10 kesalahan direkodkan setiap bulan sepanjang tahun lalu.

