3 jam jilat loceng pintu, kemudian kencing di laman rumah
Diterbitkan: Jan 9, 2019 6:29 PM
GLOBAL | Polis California, Amerika Syarikat memburu seorang lelaki yang berkelakuan aneh dengan menjilat butang loceng pintu sebuah rumah.
Bukan sebentar, Roberto Daniel Arroyo, 33, dirakam berbuat demikian selama tiga jam, dengan kedudukan berbeza-beza.
Selepas berbuat demikian lelaki berambut pendek itu kemudian kencing di laman rumah, lapor Sky News.
Arroyo ditangkap pada Sabtu pagi.
Pemilik rumah dan isterinya tidak berada demikian ketika kejadian. Bagaimanapun, tiga anaknya sedang tidur dalam rumah.
Mereka menyedari perkara itu setelah meneliti rakaman video litar tertutup (CCTV).

