Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Dr M mengadap Sultan Johor bukan untuk bincang isu M'sia-Singapura

Menteri Luar Negeri Saifuddin Abdullah berkata perjumpaan antara Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tidak akan membincangkan isu berhubung Malaysia dan Singapura.

Saifuddin berkata demikian susulan terdapat beberapa pertemuan antara Malaysia dan Singapura yang digambarkannya sebagai "produktif" dan kedua-dua negara mencapai persefahaman dalam rundingan beberapa isu.

Semalam, kedua-dua negara bersetuju menggantungkan secara serentak pelaksanaan kawasan larangan (RA) oleh Malaysia dan pelaksanaan tatacara Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) oleh Singapura untuk Lapangan Terbang Seletar.

Penggantungan itu untuk tempoh sebulan.

Keputusan berkenaan dicapai selepas pertemuan Saifuddin dengan rakan sejawatnya dari Singapura Vivian Balakrishnan bagi menyelesaikan pertikaian ruang udara dan maritim melibatkan kedua-dua negara.

"Tidak, perdana menteri tidak akan membincangkan perkara itu dengan Sultan," katanya selepas hadir menyaksikan perlawanan antara Westport Dragons dari Malaysia dan Alab dari Filipana di Kuala Lumpur malam tadi.

Ditanya berhubung situasi selepas penggantungan itu, Saifuddin berkata, ia bergantung kepada rundingan antara kedua-dua negara.

"Ada dua pasukan yang terlibat. Satu antara menteri pengangkutan antara kedua-dua negara, dan satu lagi antara Ketua Setiausaha Menteri Luar Muhammad Sahrul Ikram Yaakob dan Setiausaha Tetap Kementerian Luar Singapura Chee Wee Kiong.

"Apa yang penting sekarang kita mencapai persefahaman bahawa isu ini boleh dibincangkan. Ini menunjukkan persefahaman antara kedua-dua negara," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS