Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kenyataan ‘Melayu tak beli kuih Orang Asli’ - Manogaran mohon maaf
Diterbitkan:  Jan 10, 2019 12:02 PM
Dikemaskini: 4:04 AM

PRK CAMERON l Calon Pakatan Harapan M Manogaran memohon maaf berhubung kenyataannya ketika mengulas keputusan BN yang akan mempertaruhkan calon Orang Asli pada pilihan raya kecil Cameron Highlands.

"Saya memohon maaf kepada semua berhubung kenyataan saya.

"Saya sedari bahawa itu kesilapan besar dan saya tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Maaf sekali lagi dan saya menyesali tindakan saya," katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

Semalam, Manogaran memberitahu Malaysiakini bahawa strategi BN untuk mempertaruhkan bekas pegawai polis kanan Orang Asli sebagai calon tidak akan dapat meraih undi Melayu.

"Ikut perkiraan BN, mereka fikir... Mereka tak faham. Orang Melayu tak beli kuih dari gerai Orang Asli. Saya tak fikir mereka (orang Melayu) akan undi Orang Asli.

"Orang Melayu akan tanya: kenapa tak ada calon orang Melayu? Kenapa letak Orang Asli?

"Orang Cina, India juga tidak akan undi Orang Asli," katanya kepada Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS