Australia: Dua perenang cedera diserang ikan yu
Diterbitkan: Jan 10, 2019 3:24 PM
GLOBAL Seorang remaja perempuan dan wanita warga emas diserang ikan yu
Ketika kejadian kedua-dua mangsa sedang berenang di Pantai Catseye, Pulau Hamilton dan menyebabkan warga emas mengalami kecederaan di paha manakala remaja itu digigit di kaki.
Tahun lalu, seorang lelaki maut diserang jerung semasa berenang di Whitsundays Cid Harbour.
Walaupun terdapat peningkatan jumlah serangan di rantau terbabit, pakar mengatakan insiden itu masih disifatkan terpencil.
"Kejadian serangan sangat jarang berlaku di Whitsundays," kata pakar penyelidik ikan yu Samantha Munroe kepada AAP.
-- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.