Sivarraajh gagal ketepikan larangan tidak boleh tanding
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Naib Presiden MIC, C Sivarraajh yang mencabar larangan yang tidak membenarkannya bertanding dalam pilihan raya bagi tempoh selama lima tahun.
Hakim Nordin Hassan dalam penghakiman lisannya berkata tidak ada yang tidak sah dalam kenyataan Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun pada 28 Disember yang menghalangnya bertanding dan mengundi selama lima tahun.
"Ini susulan hakim pilihan raya mendapati bahawa dia mempunyai pengetahuan dan membiarkan amalan rasuah pada pilihan raya umum Cameron Highlands lalu," katanya.
"Ini susulan laporan yang telah diberikan oleh hakim pilihan raya kepada SPR dan mendapati ada kesalahan di bawah Seksyen 37 (I) (II) Akta Kesalahan Pilihan Raya.
“Oleh itu, cabaran berkenaan ditolak dengan kos RM5,000," katanya.

