Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Pertimbangkan kerja khidmat masyarakat sebagai hukuman - ketua hakim

Ketua Hakim Negara Richard Malanjum mahu para hakim dan majistret untuk mempertimbangkan bagi menjatuhkan hukuman kerja-kerja perkhidmatan masyarakat bagi kesalahan-kesalahan kecil, daripada menghumban pesalah ke penjara.

Menurut Hakim Malanjum, peruntukan berkenaan dibenarkan dalam Kanun Tatacara Jenayah.

Langkah itu, katanya, juga boleh membantu mengurangkan kesesakan di penjara.

"Langkah ini telah dilaksanakan di Sabah di mana saya rasa ia berjaya. Mereka (pesalah) akan memakai pakaian (penjara) ketika menjalani kerja-kerja perkhidmatan masyarakat.

"Ketika berhadapan dengan orang awam (semasa melakukan kerja-kerja perkhidmatan masyarakat), mereka akan malu, daripada menghabiskan masa satu atau dua minggu di penjara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Tahun Undang-Undang.

Terdahulu dalam ucapannya, Hakim Malanjum mengingatkan para hakim untuk mempertimbangkan cadangan itu ketika menjatuhkan hukuman.

Katanya, badan kehakiman juga telah melaksanakan banyak pembaharuan pada tahun lalu, termasuk memperkenalkan sistem e-pengundian di mana hakim Mahkamah Persekutuan yang akan membicarakan sesuatu kes dipilih secara rawak dan bukannya oleh ketua hakim.

Hakim Malanjum berkata sistem e-semakan pula membantu peguam menguruskan kes kerana mereka boleh melakukannya dari pejabat atau rumah.

"Kami bersimpati dengan peguam yang terpaksa membawa beg berat ke mahkamah. Kami selesaikan dengan menggunakan teknologi,” katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS