Paling Popular
Terkini

PRK CAMERON HIGHLANDS | Calon BN bagi pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands Ramli Mohd Nor menjelaskan alasannya menolak menyertai debat terbuka anjuran Bersih.

"Apa yang mahu didebatkan? Mereka mengugut untuk tak bayar gaji orang saya.

"Kenapa saya perlu debat?" katanya merujuk kenyataan Ahli Dewan Negara Bob Manolan Mohd semalam yang mencadangkan agar gaji tok batin yang tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) tidak dibayar.

Ramli berkata demikian kepada media selepas program ceramah di Kampung Mensun, Pos Mensun, Cameron Highlands hari ini.

Ditanya alasannya tidak menandatangani ikrar anjuran Bersih untuk menjalankan kempen pilihan raya yang bersih, Ramli percaya tiada keperluan untuknya melakukan perkara itu.

"Kamu bagitahu saya, lawan saya - Pakatan Harapan - mereka bersih ke?

"Saya boleh jamin saya bersih," katanya,

Tiga calon lain bagi PRK berkenaan, M Manogaran daru PH dan dua calon bebas Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee sudah menandatangani ikrar berkenaan dan bersetuju mengadakan debat terbuka.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS