Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Menteri Besar Johor Osman Sapian sekali lagi menegaskan beliau tidak menceroboh kawasan perairan Singapura yang didakwa milik republik itu, Rabu lepas, sebaliknya mahu melihat anggota Jabatan Laut menjalankan tugas.

Beliau berkata lawatan untuk melihat anggota dan pegawai Jabatan Laut yang bertugas di atas kapal MV Pedoman, kapal induk jabatan itu di kawasan sempadan perairan Malaysia-Singapura itu, bukan bertujuan melakukan provokasi malah ia diketahui oleh Wisma Putra.

"Saya tiada niat melakukan provokasi ke atas negara jiran. Kita tiada niat untuk menceroboh. Kita boleh tunjuk pelan,” katanya kepada pemberita selepas majlis menyalakan tanglung sempena Tahun Baharu Cina, di Taman Impian Emas, di Johor Bahru malam tadi.

Susulan dakwaan tersebut, Singapura menangguhkan mesyuarat Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri untuk Iskandar Malaysia (JMCIM) yang dijadual Isnin dan Selasa ini.

-Bernama

Lihat Komen
ADS