Paling Popular
Terkini
story images
story images

ULASAN l Penguin digambarkan sebagai tokoh jenayah yang tertawanya seperti burung dan tidak berhenti merokok.

Bahkan, Penguin lebih banyak berupa komedi situasi saja. Penguin ini manusia yang tidak boleh dijadikan ikutan, Penguin sentiasa menjadi gunting dalam lipatan.

Dia lebih suka duduk di kalangan dan kemudian menikam mati orang yang dibencikan itu, dia selalu tidak dapat apa yang diinginkan.

Sementara dalam Batman Returns, Penguin adalah watak antagonis yang utama. Dia tidak lagi digambarkan sebagai seorang jenayah yang bodoh seperti dalam versi komiknya, namun seorang orang jahat yang memimpin kumpulan kelas bawahan.

Beberapa ciri sifat Penguin ini adalah bimbang apabila tiada kuasa dan suka baling batu sorok tangan. Penguin ini tidak diminati kerana tiada ketokohan dalam memimpin dan dalam membuat keputusan, Penguin lebih bersifat lalang.

Namun postur tubuhnya digambarkan jauh lebih parah. Dia bukan hanya kelebihan berat badan dan pendek, namun juga memiliki kecacatan fizikal.

Dia tidak punyai ciri yang elok dan tak ada pengikut kecuali binatang iaitu burung. Maka memekaklah Penguin sorang-sorang.

Persoalannya sekarang masih wujudkah karektor The Penguin dalam realiti politik hari ini?

Saya kata ada, golongan ini juga adalah golongan yang selalu syok sendiri dan suka cetuskan huru hara demi perhatian dan akan sentiasa menyusahkan semua orang serta merbahayakan parti sehingga boleh lakukan keretakan dalam parti.

Jika wujud individu berkarektor begitu bukan sahaja perlu ditentang malah perlu dibasmi demi mengembalikan kestabilan politik dengan mengekalkan hak kebenaran, kemuliaan dan kejujuran.

Dalam sebuah perjuangan yang panjang pasti akan melahirkan sejumlah pengkhianat dan penjilat. Tapi tidak pada Penguin ini. Sebab semua tahu karator dia yang suka memekak sorang-sorang serta komidi kerana kesunyian.

Golongan tamak dan haloba tidak akan pernah jemu mengejar apa yang dihajatinya. Matlamat menghalalkan cara.

Setiap kejahatan itu boleh dinilai dan dikesan. Dan siapa tak tahu sikap Penguin yang mementingkan diri demi secebis perhatian.

Namun terpulang kepada mereka yang ikhlas dan berjiwa besar sama ada mahu melawan atau kekal tunduk di bawah mereka yang bersekutu dengan syaitan.

Jika ditanya kepada saya, saya akan memilih untuk membenam manusia berjiwa kotor ini dan membuang mereka jauh dari masyarakat demi mempertahankan mereka yang ikhlas dah berkorban, dan membawa negara ke kedudukan lebih baik sebab kita adalah manusia pegang pada janji.

Bila kita berjanji kita akan tunaikan. Janji pada rakyat adalah untuk memberi kestabilan pada mereka dan menjaga keselamatan mereka.

Bukan kestabilan untuk kedudukan sendiri. Jadi apa kata kita ikut saja Batman yang baik hati yang tidak mementingkan diri yang berkorban banyak untuk rakyat walau pun di mata mereka Batman diumpamakan sebagai penjenayah.


SYARUL EMA RENA ABU SAMAH @ RATU NAGA adalah Ketua Penerangan Wanita PKR.

Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi redaksi Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS