Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PAS beri laluan kepada BN di Semenyih
Diterbitkan:  Jan 17, 2019 11:29 AM
Dikemaskini: 3:31 AM

PAS hari ini memutuskan untuk memberi laluan kepada BN untuk bertanding pada pilihan raya kecil Semenyih yang akan datang.

“PAS akan memberikan laluan kepada wakil pembangkang iaitu Barisan Nasional yang memperolehi sokongan undi yang lebih besar dalam PRU 14 yang lalu,” kata Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan.

Katannya, PAS mengharapkan PRK itu menghasilkan keputusan yang akan menguatkan wakil pembangkang, terutama dalam Dewan Undangan Negeri Selangor supaya proses semak dan imbang akan memberikan kebaikan kepada rakyat negeri itu.

“Selaras dengan itu, PAS akan menggerakkan jentera pilihan raya setempat untuk membantu pihak pembangkang dalam menghadapi PRK ini.

“PAS juga akan menyeru dan mengarahkan ahli-ahlinya di kawasan ini supaya turun membuang undi sebagaimana pendirian parti bagi memberi sokongan kepada calon yang mewakili pembangkang nanti,” katanya.

 Pada PRU14 lalu, calon BN Johan Abd Aziz meraih 14,464 undi berbanding 6,966 undi yang diperolehi olen calon PAS.

Kerusi itu dimenangi pleh calon Bersatu, Bakhtiar Mohd Nor, yang mendapat majoriti 8,964 undi setelah memperoleh 23,428 undi.

Kematian Bakhtiar minggu lalu, mencetuskan pilihan raya kecil itu.

Semenyih secara tradisinya adalah kerusi Umno, dengan Johan memenanginya pada pilihan raya 2008 dan 2013.

Takiyuddin juga berharap pilihan raya kecil itu akan menghasilkan keputusan positif bagi pembangkang, yang hanya mempunyai lima kerusi di DUN Selangor yang mempunyai 56 kerusi.

Selain BN dan Pakatan Harapan, PSM mungkin menurunkan bekas setiausahanya, S Arutchelvandi Semenyih.

Pada 9 Mei tahun lalu, Arutchelvan sekadar menerima 1,293 undi. Beliau bertanding di kerusi itu sejak tahun 2008.

Lihat Komen
ADS