Brexit: P'raya atau referendum lain jika PM May gagal?
Jika Perdana menteri Theresa May gagal mencapai konsensus behubung isu Brexit, negara ekonomi kelima terbesar di dunia itu akan keluar dari Kesatuan Eropah pada 29 Mac tanpa perjanjian atau akan dipaksa untuk menangguhkan Brexit, mungkin mengadakan pilihan raya nasional atau mengadakan referendum lain.
Pemimpin parti Buruh, Corbyn berkata dia mungkin melihat pilihan raya termasuk mengadakan referendum lain - satu kenyataan yang meningkat jangkaan pasaran bahawa keadaan tidak menentu itu akhirnya akan melewatkan atau membatalkan Brexit.
Tetapi satu referendum kedua akan mengambil masa setahun untuk diadakan, mengikut panduan kerajaan yang ditunjukkan kepada penggubal undang-undang pada hari Rabu, kata satu sumber di pejabat May.
Corbyn mahu May mengadakan pilihan raya yang lain, sesuatu yang ditolak May, selepas hilang majoriti di parlimennya dalam tinjauan pendapat 2017 yang membuatnya bergantung pada sokongan parti kecil Utara Ireland yang pro-Brexit.
Beliau juga berulang kali berkata satu lagi referendum akan menghancurkan keyakinan terhadap demokrasi di kalangan 17.4 juta orang yang mengundi untuk meninggalkan EU pada 2016.
Ketika United Kingdom berdepan dengan peralihan ekonomi dan politik terbesar sejak Perang Dunia dua lagi anggota EU menawarkan untuk berbincang.
"Kami akan melakukan segala yang kami boleh supaya Britain keluar, dan bukan tanpa perjanjian," kata Menteri Luar Negeri Jerman, Heiko Maas.
Ketua perunding EU Michel Barnier berkata blok itu terbuka kepada kemungkinan kesepakatan yang lebih "tinggi" daripada rancangan May, yang katanya tidak dapat ditambahbaik berdasarkan prinsip yang ditetapkan May.
Tetapi tidak banyak yang boleh mereka lakukan sehinggalah London memutuskan apa yang ia mahu.
Sejak UK mengundi dengan 52-48 peratus untuk meninggalkan EU, ahli politik telah gagal untuk menyetujui bagaimana atau sama ada untuk keluar dari blok itu. Sekiranya terdapat penyelesaian untuk teka-teki itu, mungkinia bagi penggubal undang-undang parlimen untuk mencarinya.
Isnin ini, May akan mengemukakan usul langkah beliau seterusnya. Sepanjang minggu berikutnya, penggubal undang-undang akan dapat membuat cadanan alternatif.
Pada 29 Jan, mereka akan membincangkan rancangan ini, dan mengundi. Ia sepatutnya menunjukkan sama ada akan terdapat sokogan majoriti.
Sekiranya jalan ke depan muncul, May boleh kembali ke EU dan membuat perubahan pada perjanjiannya. Parlimen masih perlu mengundi sebarang perjanjian baru, dan ia tidak jelas bila itu akan berlaku. '[Baca berita penuh]
- Reuters

