Badan Peguam Malaysia ingatkan mengenai 'permohonan remeh'
Badan Peguam Malaysia menegaskan bahawa permohonan remeh di mahkamah boleh dianggap sebagai salah laku yang boleh mengakibatkan tindakan disiplin.
Ini selepas peguam Muhammad Shafee Abdullah memohon untuk menangguhkan perbicaraan kes rasuah bekas Perdana Menteri Najib Abdul Razak berhubung dengan SRC International, yang dijadual bermula pada bulan depan.
"Menurut laporan berita, pasukan peguambela mempunyai masa lebih tujuh bulan untuk membuat persediaan pembelaannya, yang merupakan tempoh waktu yang munasabah.
"Kami tidak boleh menerima apa yang nampaknya seperti satu permohonan remeh untuk menangguhkan perbicaraan itu.
"Peguam sepatutnya membantu mahkamah dalam menyelesaikan kes sedemikian, dengan cepat dan profesional, teutama dalam kes-kes yang mempunyai kepentingan awam," kata pengerusinnya George Varughese dalam satu kenyataan.
Varughese menegaskan bahawa sebagai peguam dan pegawai mahkamah, mereka mesti menunjukkan perilaku yang beretika, profesional dan berintegriti pada setiap masa.
"Permohonan remeh untuk penangguhan adalah melanggar Peraturan (Amalan dan Etika) Profesion Guaman 1978, tidak mematuhi apa yang mungkin dianggap sebagai salahlaku mengikut seksye 94 (3) Akta profesion Perundangan 1976 dan mungkin membawa kepada prosiding disiplin diambil terhadap peguam bela dan peguam cara atau pelajar di chambers,"katanya.
Pada hari Khamis, Malaysiakini melaporkan bahawa Shafee telah memohon penangguhan terhadap perbicaraan Najib yang menunggu permohonan interlokutori.
Najib berdepan pertuduhan pecah amanah dan salahguna kuasa berhubung dana RM42 milik SRC International, anak syarikat 1MDB yang kini berada di bawah Kementerian Kewangan Inc.
Perbicaraan dijadualkan bermula pada 12 Feb, 2019

