Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Penganjur: Menari tak akan buat AG, ketua hakim tak profesional
Diterbitkan:  Jan 19, 2019 9:49 PM
Dikemaskini: 3:23 PM

Pertubuhan Undang-Undang Sabah (SLS) mempertahankan tindakan beberapa personaliti kehakiman dan perundangan negara yang menari di pentas program anjuran mereka semalam.

SLS berkata demikian hari ini sebagai merujuk klip video yang memaparkan Ketua Hakim Negara Richard Malanjum, Peguam Negara Tommy Thomas dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong menari bersama.

"Kami mempunyai keyakinan masyarakat kita cukup matang untuk menyedari bahawa individu dalam video itu mampu membezakan kehidupan peribadi dan kehidupan profesional mereka.

"Sangat menyedihkan jika komuniti perundangan merasakan perlu menahan diri daripada menari di program sosial seperti pembukaan Legal Year Gala Dinner 2019 kerana mendapat kritikan yang tidak berasas," kata Presiden SLS Benndon Soh.

Awal hari ini, klip video yang memaparkan Malanjum, Thomas dan Liew selain beberapa peguam yang dikenali seperti Siti Kasim dan Ambiga Sreevanesan menari di pentas acara berkenaan.

Susulan itu, beberapa pihak mengkritik penularan video itu sebagai menjejaskan imej perundangan dan kehakiman.

Sementara itu, Soh menambah, program anjuran bersama melibatkan hakim dan peguam di Sabah dan Sarawak itu diadakan setiap tahun sejak 2001.

"Sangat mengecewakan apabila beberapa pihak cuba mempolitikkan acara sosial yang harmoni yang menggambarkan keramahan masyarakat di Sabah dan Sarawak," katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS