Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Apapun pilihan peneroka Felda, k'jaan tetap berkhidmat - Azmin

PRK CAMERON | Sama ada pilihan warga Felda berpihak kepada Pakatan Harapan ataupun Barisan Nasional pada 26 Januari ini, kerajaan persekutuan memberi jaminan untuk terus menjalankan tangugngjawab berkhidmat kepada mereka.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali berkata, sebarang keputusan yang dibuat akan pastikan bahawa pengurusan dan keputusan Felda tidak melibatkan individu politik dan akan dijalankan dengan profesional.

"Bukan tujuan saya untuk janji kepada peneroka Felda supaya mempengaruhi keputusan mereka di dalam pilihan raya.

"Apa-apa pun keputusan yang warga Felda buat di dalam pilihan raya, kerajaan sekarang akan tetap berkhidmat untuk Felda walaupun kita ada hutang RM8 bilion kita masih akan lihat kepada masalah perumahan, bantuan dan pendidikan" katanya.

Beliau berkata demikian ketika bertemu dengan pemilik projek perumahan terbengkalai di Felda Sungai Koyan, Jelai hari ini.

Hutang tak wajar beban peneroka

Selain berjanji untuk menyelesaikan masalah projek perumahan generasi baru Felda yang tergendala selama dua tahun, Azmin berkata kerajaan turut akan mencari penyelesaian masalah hutang Felda yang kini mencecah RM8 bilion.

Namun, jelasnya Putrajaya tidak merujuk kepada penghapusan hutang yang telah dipersetujui dalam kontrak tetapi hutang tidak wajar yang membebankan peneroka.

"Hutang tak wajar yang kita bincangkan ini sebagai contoh cadangan peneroka Felda guna baja-baja tempatan kerana baja import ini mahal dan mereka terpaksa menanggung beban hutang yang semakin membebankan. Itu mungkin kita boleh pertimbangkan.

"Kadar faedah yang dibayar mungkin kita rasa membebankan mereka kerana suasana ekonomi hari ini. Itu pun tertakluk kepada kewangan Felda.

"Kemudian penyelenggaraan jalan dalam ladang-ladang Felda di mana jalan-jalan pertanian ini diuruskan oleh Felda, kemudian terpaksa ditanggung oleh peneroka," katanya kepada pemberita selepas pertemuan bersama pemilik rumah.

Salah satu manifesto 10 janji kerajaan PH dalam tempoh 100 hari pertama mentadbir merupakan menghapuskan hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka Felda.

"Tapi kalau hutang itu sebagai akar, kita sebagai orang Islam khususnya hutang kena bayar.

"Yang kita (PH) janjikan hutang-hutang yang tidak wajar. Itu memang termaktub dalam manifesto," katanya.   

Lihat Komen
ADS