Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Daim tak fikir China perguna Jho Low bincang ECRL

Penasihat kerajaan Daim Zainuddin tidak memandang serius spekulasi bahawa China mempergunakan ahli perniagaan dalam pelarian, Jho Low sebagai alat tawar-menawar untuk menghidupkan semula projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL).

"Saya tak fikir begitu," katanya ketika ditanya tentang soal itu.

"Saya tak boleh beri respons terhadap spekulasi, ia sangat sukar," katanya lagi ketika ditemui di sebuah acara di Putrajaya pagi ini.

Jho Low yang disifatkan sebagai dalang di sebalik skandal 1MDB sehingga kini masih gagal ditangkap pihak berkuasa Malaysia.

Pada Ogos lalu, dia dan bapanya didakwa tanpa kehadiran (in absentia) atas dakwaan penyelewengan wang 1MDB.

Dalam pada itu, Daim berkata Malaysia sedang mencari penyelesaian dengan China berhubung ECRL.

"Rundingan masih berjalan tetapi kita berharap ia dapat dimuktamadkan secepat mungkin," katanya lagi.

Pada Julai lalu, kerajaan menggantungkan projek bernilai RM81 bilion itu, yang diluluskan pentadbiran BN sebelum ini.

Malaysia dan China kini dalam perbincangan untuk mengembalikan projek itu.

Sebelum ini, Daim dilaporkan berkata seorang wakil China bertemunya di Malaysia untuk berbincang tentang ECRL, dua bulan lalu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS