Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Parti Buruh UK pula tak senang duduk dengan sekatan M'sia pada atlet Israel
Diterbitkan:  Jan 22, 2019 3:00 PM
Dikemaskini: 8:07 AM

GLOBAL | Parti Buruh United Kingdom cuba melobi kerajaan negara itu menentang keputusan Malaysia menyekat atlet Israel untuk kejohanan di Sarawak Julai ini.

Memetik Huffington Post, The Time of Israel melaporkan timbalan ketua parti itu Tom Watson menulis kepada setiausaha luar Jeremy Hunt dengan menyifatkan tindakan Malaysia tidak adil dan tidak boleh diterima.

Watson juga menyifatkan tindakan itu sebagai diskriminasi dan bertentangan dengan misi Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC).

Parti Buruh juga mahu kerajaan British menekan pesuruhjaya tinggi Malaysia di London untuk menukar keputusan itu, kata Watson kepada Hunt.

“Jika kerajaan Malaysia enggan berbuat demikian, saya harap kamu dapat memanggil IPC dan Renang Para Dunia untuk menukar kejohanan itu ke negara yang ideal untuk pergerakan Olimpik yang membenarkan atlet Israel mengambil bahagian,” katanya.

Canselor Republik Austria Sebastian Kurz hari ini turut membantah sekatan Malaysia dengan berkata antisemitisme tidak boleh diterima.

Kritikan itu dibuat ketika Dr Mahathir dalam lawatan kerja selama tiga hari ke Austria untuk menghadiri dua forum antirasuah.

Mahathir ketika diasak secara terbuka oleh Presiden Oxford Union Daniel Wilkinson di UK minggu lalu menjawab Malaysia mempunyai hak untuk menutup sempadannya, terutama terhadap pihak yang melakukan banyak kesalahan.

Bagaimanapun, ketika dibidas pemimpin Barat dan Israel sendiri, keputusan Malaysia dihargai oleh rakyat Palestin yang mengibarkan Jalur Gemilang di sebuah stadium di Gaza.

Malah, dipamerkan juga ucapan terima kasih yang menentang hubungan dengan Israel.

Mahathir terkenal dengan pendirian kerasnya terhadap Israel sejak beliau menjadi perdana menteri kali pertama lagi.

Mesej terima kasih warga Gaza buat Malaysia di Stadium Yarmouk.

 

Lihat Komen
ADS