Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Isu guna kereta Jabatan Perhutanan, Lim enggan ulas

PRK CAMERON | Veteran DAP Lim Kit Siang enggan mengulas berkaitan pendirian Pakatan Harapan (PH) berkaitan penggunaan jentera kerajaan untuk pilihan raya kecil Cameron Highlands.

Berdepan soalan media berkaitan penggunaan kereta pacuan empat roda milik Jabatan Perhutanan beliau berkata menyerahkan penjara itu untuk dijawab jentera kempen PH.

“Tiada komen. Saya rasa biarlah pengarah (kempen) dan pegawai-pegawai (jawab) [...] saya sering keluar masuk (Cameron Highlands).

“Biar pihak bertanggungjawab terhadap kempen jawab soalan kamu, siapa pun mereka,” katanya dalam sidang media di Kampung Raja pagi ini.

Ditanya berkaitan dakwaan penggunaan kenderaan oleh Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, Lim berkata beliau mahu mendapatkan maklumat berkaitan kedudukan perkara itu terlebih dahulu.

Setiausaha kerajaan Pahang Sallehuddin Ishak sebelum ini mengesahkan mereka meminjamkan kenderaan untuk kegunaan rasmi Tengku Zulpuri.

Sallehuddin, bagaimanapun, mengarahkan ia dipulangkan selepas ia didapati dilekatkan dengan bendera PH di Cameron Highlands.

Tengku Zulpuri, yang juga anggota parlimen Raub, bertanggungjawab terhadap kempen PH di PRK di Jelai.

Dua hari lalu, calon BN Ramli Mohd Nor membuat laporan polis berkaitan dakwaan salah guna sumber kerajaan untuk kempen di Cameron Highlands.

Lihat Komen
ADS