Lepas rogol hadiah telefon
Seorang lelaki 46 tahun didakwa merogol seorang remaja perempuan 16 dan selepas itu menghadiahkan sebuah telefon bimbit bagi menutup mulut mangsa.
Jenayah itu dikatakan berlaku sejak Mac lalu, lapor Berita Harian.
Bagaimanapun, kelicikannya itu tidak sampai ke mana apabila perkara itu terbongkar selepas timbalan pengetua rumah perlindungan tempat remaja itu tinggal dapat tahu.
Selepas dipaksa, mangsa kemudian membocorkan kejadian itu, menurut Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan.
“Mangsa kemudian dibawa membuat laporan polis kelmarin sebelum pemeriksaan kesihatan mengesahkan terdapat kesan koyakan pada kemaluannya.
“Berdasarkan laporan itu, sepasukan polis menahan suspek di balai polis Kota Sentosa ketika dipanggil memberi keterangan jam 6 petang kelmarin.
“Suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.
Menurut polis, suspek yang juga pemandu di pusat perlindungan berkenaan melakukan perbuatan terkutuk itu di bilik kosong dan belakang dewan premis berkenaan.
“Suspek melakukan perbuatan itu walaupun mangsa meminta untuk dilepaskan,” beliau dipetik sebagai berkata.

