Kena kung fu dengan laki sebab tak 'makeup'
Diterbitkan: Jan 24, 2019 12:43 PM
GLOBAL | Seorang wanita di Jawa Tengah, Indonesia menjadi mangsa penderaan rumah tangga hanya kerana dia tidak berdandan ketika hadir bersama suami ke sebuah acara jamuan.
Dalam insiden di Pekalongan itu, Ma (satu nama), 23, mendakwa ditusuk kunci berkali-kali sepanjang perjalanan pulang ke rumah, dipukul dengan helmet dan ditendang di muka.
Alasan suaminya, seorang tukang jahit, mudah, si isteri membuatkannya malu, lapor portal tempatan Detiknews.
“Akibatnya korban mengeluarkan darah di bahagian hidung,” kata jurucakap polis daerah itu Iptu Akrom.
Menurut undang-undang antikeganasan rumah tangga Indonesia, pesalah boleh dipenjarakan lima tahun atau denda 15 juta rupiah (RM4,400).

