GLOBAL Kerajaan baru Brazil pada hari Khamis memberikan ratusan lagi penjawat awam kuasa untuk menyimpan rekod rasmi daripada pengetahuan umum,dengan melabelkannya sebagai 'rahsia' dan "ultra rahsia."

Naib Presiden Hamilton Mourao dan Presiden Jair Bolsonaro (gambar di atas) yang berada di Forum Ekonomi Dunia di Davos, menandatangani dekri yang memperluaskan Pengecualian dalam Undang-undang Transparansi 2011.

Ini dilakukan ketika Bolsonaro mengisytiharkan era baru ketelusan dalam politik dan perniagaan di Davos. Dekri itu mungkin menyukarkan rekod awam daripada jangkauan kumpulan sivik, wartawan dan warganegara biasa.

"Anda perlu ada keseimbangan antara keselamaan dan ketelusan," kata Mourao kepada pemberita selepas dekri itu diterbitkan. "Ini hanya mengurangkan birokrasi apabila anda mengklasifikasikan dokumen rahsia."

"Keputusan ini adalah satu langkah mundur berkaitan dengan ketelusan, akses kepada maklumat dan kawalan sosial, dan dekri ini semestinya harus dibatalkan," kata Gil Castello Branco, Ketua kumpulan Transparansi kerajaan, Contas Abertas.

Langkah itu mengubahsuai Undang-undang Akses kepada Maklumat Brazil 2011,  diluluskan untuk menjamin akses kepada rekod kerajaan tempatan, negeri dan persekutuan demi pengukuhan demokrasi.

Undang-undang membuat pengecualian untuk melindungi bahan-bahan yang sangat sensitif, termasuk maklumat "ultra rahasia", yang disimpan daripada pengetahuan orang awam selama 25 tahun. Sebelum ini, ia hanya boleh dilakukan oleh naib presiden, pegawai peringkat kabinet, komander tentera dan ketua misi diplomatik dan konsulat tetap di luar negara.

Dekri baru itu membolehkan penjawat awam, ketua agensi dan eksekutif tertinggi syarikat awam untuk membuat pengecualian itu. Dekri itu juga memperluskan jumlah pegawai yang dapat membuat klasifikasi "rahsia", yang menutup rekod selama 15 tahun.

Secara keseluruhannya, kerajaan memberi lebih daripada 1,000 kakitangan awam, budibicara untuk menutup aktiviti kerajaan daripada pengetahuan orang awam, demikian menurut Marina Atoji, yang mengetuai Persatuan wartawan Penyiasatan Brazil.

"Satu cara untuk menjamin pengecualian klasifikasi rahsia adalah secara menghadkan bilangan orang yang mempunyai kuasa berbuat demikain. Dengan secara radikal meramaikan lagi jumlahnya, dekri ini melemahkan jaminan itu," kata Atoji.

[Baca berita penuh]

- Reuters