Trump mengalah, setuju tamatkan penutupan kerajaan
Presiden Donald Trump tunduk kepada takanan dan pada hari Jumaat dan bersetuju untuk menamatkan penutupan kerajaan Amerika sejak 35 hari tanpa mendapat AS$5.7 bilion yang beliau minta dari Kongres untuk membina tembok sempadan, memberoi kemenangan politik kepada Demokrat.
Perjanjian belanja tiga minggu yang dicapai dengan pemimpin kongres, dengan cepat diluluskan sebulat suara oleh Senat yang diketuai oleh Republikan, membuka jalan bagi perundingan yang sukar dengan penggubal undang-undang mengenai bagaimana menangani keselamatan di sepanjang sempadan AS-Mexico.
Persetujuan presiden Republikan untuk mengakhiri penutupan kira-kira satu perempat daripada kerajaan persekutuan tanpa mendapatkan wang membina tembok - satu yang menakjubkan untuk seorang presiden yang biasanya tidak mengalah - dipeolehi tiga hari selepas dia menegaskan "Kami tidak akan mengalah"
Tetapi Trump berkata bahawa penutupan itu akan disambung semula pada 15 Feb jika dia tidak berpuas hati dengan keputusan rundingan keselamatan sempadan jawatankuasa persidangan Dewan-Senat kedua-dua pihak, atau dia akan mengisytiharkan kecemasan kebangsaan untuk mendapatkan wang membina tembok.
Demokrat tetap tegar dalam menentang pembinaan tembok itu, salah satu janji kempen yang menurut tidak berkesan, mahal dan tidak bermoral. Trump mengatakan bahawa ia diperlukan untuk membendung masalah pendatang haram dan pengedaran dadah haram.
Reuters

