Ratu Elizabeth telah menghantar mesej kepda ahli politik Britain yang bercakaran mengenai Brexit, dengan menggesa mereka mencari pendirian bersama dan melihat gambaran lebih besar untuk menangani krisis itu.

Dengan masa makin menghampiri 29 Mac, tarikh yang ditetapkan dalam undang-undang untuk Britain meninggalkan Kesatuan Eropah, United Kingdom berada dalam krisis politik paling meruncing dalam tempoh selama setengah abad kerana ia bergelut dengan cara, atau sama ada, untuk keluar dari projek Eropah ia menyertai pada tahun 1973.

Walaupun Elizabeth, 92, tidak menyebutkan Brexit dengan jelas dalam ucapan tahunan kepada Institut Wanita tempatannya di Norfolk, ratu itu berkata setiap generasi menghadapi "cabaran dan peluang baru."

"Ketika kita mencari jawapan baru di zaman moden, saya lebih suka resipi yang telah diuji, seperti bercakap baik antara satu sama lain dan menghormati pandangan yang berbeza; datang bersama untuk mencari pendirian yang sama; dan tidak pernah kehilangan gambaran yang lebih besar," kata Ratu.

Walaupun dalam bahasa konvensional, ratu telah menjadi ciri khasnya, titah diraja dalam konteks krisis Britain adalah isyarat kepada ahli politik untuk mengakhiri pergelutan yang menjejaskan ekonomi kelima terbesar dunia.

"Dia telah menjadi raja selama hampir 67 tahun sekarang dan saya rasa sangat penting apa yang dikatakannya dan bagaimana dia mengatakannya," kata sejarawan Peter Hennessy.

Istana Buckingham enggan memberi komen walaupun media Inggeris jelas mengenai kepentingan ucapannya. The Times mengunakan tajuk: "Akhiri pertelingkahan Brexit, kata Ratu kepada ahli politik yang bercakaran".

Sebagai ketua negara, ratu itu dijangka bersikap neutral terhadap politik di mata umum dan tidak boleh mengundi, walaupun menjelang referendum 2014 mengenai kemerdekaan Scotland, dia merayu kepda rakyat Scot memaikirkan secara mendalam mengenai masa depan mereka.

Masa depan Brexit kekal tidak menentu dengan pilihan antara jalan keluar begitu saja yang akan menjejaskan pelabur di seluruh dunia kepada mengadakan referendum baru yang boleh menterbalikkan proses tersebut.

[Baca berita penuh]

Reuters