Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr M: Tak mengejutkan Umno menang di Cameron
Diterbitkan:  Jan 28, 2019 8:00 PM
Dikemaskini: 12:30 PM

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Mahathir Mohamad berkata keputusan pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands, Sabtu lalu, tidak mengejutkan.

Katanya Umno memang sentiasa kuat di kawasan-kawasan luar bandar.

“Malah mereka juga mainkan isu perkauman, malangnya,” kata perdana menteri, menjawab soalan pemberita.

Dalam PRK 26 Januari lalu, BN mempertahankan kerusi parlimen Cameron Highlands untuk lima penggal berturut-turut.

Calonnya, Ramli Mohd Nor, Orang Asli dan bekas pegawai polis, menang dengan dengan majoriti 3,238 undi mengalahkan calon PH M Manogaran dan dua calon bebas.

PRK itu diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya mengisytiharkan kemenangan C Sivaraajh daripada BN dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu, terbatal dan tidak sah susulan amalan rasuah.

Sementara itu, Ditemui dalam sebuah acara di Putrajaya hari ini, Mahathir juga berkata Umno mencapai jumlah kemenangan yang tinggi dalam pilihan raya umum lalu.

Cumanya, kerusi dimenangi masih belum kuat untuk membolehkan mereka mempertahankan kerajaan yang disandang lebih 60 tahun.

Sementara itu, kata Mahathir, PRK kali ini juga berlangsung tanpa sebarang kecurigaan.

“Keputusannya selari dengan kehendak rakyat,” katanya sambil berkata pihaknya menerima keputusan itu.

Lihat Komen
ADS