Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
TI-M: Menteri mesti perangi rasuah seperti Mahathir

Semua menteri dan kementerian kerajaan Pakatan Harapan perlu bekerja keras seperti Perdana Menteri Dr Mahathir dalam memerangi rasuah, kata Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) Akhbar Satar.

"Bagi Transparency International, kita melihat Pakatan Harapan sedang mentadbir dengan baik, tetapi kelihatan seperti hanya Dr Mahathir yang mengejar mereka yang terlibat dalam rasuah," kata Akhbar Satar pada persidangan untuk mendedahkan Kedudukan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bagi 2018.

"Kami berharap dapat melihat semua menteri dan kementerian lain untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa mereka juga antirasuah.

"Terutama bagi kes perolehan, kerajaan perlu memastikan kontrak hanya diberikan kepada mereka yang layak, tidak ada lagi rundingan langsung," katanya.

Beliau memaklumkan pentadbiran baru mempunyai prestasi yang baik dalam menyelesaikan skandal mega 1MDB, Felda, MARA dan Tabung Haji. Pada masa yang sama, beliau mengingatkan kerajaan untuk meneliti skandal tanpa kecenderungan supaya tidak berlaku penyiasatan atau pendakwaan terpilih.

SPRM tangkap ramai pemimpin 

Beliau menjelaskan ini merupakan satu langkah penting untuk memulihkan kepercayaan orang ramai terhadap sistem kehakiman dan perundangan.

Menurut Akhbar lagi, keberkesanan pendakwaan terhadap pegawai yang rasuah juga merupakan salah satu aspek yang diukur dalam pengiraan Indeks Persepsi Rasuah (CPI).

Selepas 9 Mei, banyak bekas pemimpin berprofil tinggi daripada pentadbiran BN sebelum ini yang ditangkap oleh SPRM. Beberapa orang daripadanya telah dituduh di mahkamah, seperti bekas perdana menteri Najib Razak, bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi, bekas menteri wilayah persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor dan bekas pengerusi Tabung Haji Abdul Azeez Abdul Rahim.

Transparency International (TI) hari ini melancarkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bagi tahun 2018 dengan Malaysia mencatatkan 47 mata tidak berubah dari 2017 tetapi memperbaiki kedudukannya turun satu anak tangga dari 62 kepada 61 di kalangan 180 negara.

Malaysia berada di tempat ketiga di antara negara-negara Asean dengan Singapura dan Brunei berada di kedudukan pertama dan kedua.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS