Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bersih: Letak jawatan bukan tiket untuk lari dari siasatan
Diterbitkan:  Feb 1, 2019 6:41 PM
Dikemaskini: 10:45 AM

Bekas anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menjelaskan dakwaan kesalahan mereka dan tidak boleh lari daripada siasatan hanya kerana telah letak jawatan, kata Bersih.

NGO pilihan raya itu mengulas kenyataan Peguam Negara Tommy Thomas bahawa tribunal siasatan terhadap enam bekas anggota SPR bukan sekadar bersifat akademik.

"Bekas anggota SPR yang mengendalikan PRU ke-14 perlu dipertanggungjawabkan terhadap dakwaan serius yang dihadapkan terhadap mereka.

"Mereka tidak boleh dibenarkan lepas daripada pemerhatian kehakiman dengan mudah atas tindakan mereka ketika pilihan raya, hanya dengan peletakan jawatan.

"Ini akan menghantar mesej salah terhadap penjawat awam lain," kata Bersih dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, pengerusi tribunal Sim Lip Keong membangkitkan persoalan sama ada proses itu mempunyai manfaat kerana perkara itu kini dianggap akademik, memandangkan enam yang disiasat tribunal sudah meletakkan jawatan.

Enam bekas anggota SPR itu ialah Othman Mahmood, Mohd Yusop Mansor, Abdul Aziz Khalidin, Sulaiman Narawi, K Bala Singam dan Leo Chong Cheong.

Sementara itu, Bersih berkata tidak adil jika enam individu itu "dibiar bebas" dan menikmati pencen, faedah dan kebajikan ketika dakwaan terhadap mereka tidak dijelaskan.

Bersih juga menggesa mereka membersihkan nama dan menggunakan hak untuk membela diri jika yakin tuduhan terhadap mereka tidak benar.

"Jika mereka yakin tidak bersalah, mengapa letak jawatan sebaik berita penubuhan tribunal dilaporkan?"

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS