Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Farid Ravi tolak desas-desus jadi calon Umno di Semenyih

PRK SEMENYIH | Pendakwah terkenal Mohd Farid Ravi Abdullah menolak spekulasi beliau salah seorang calon yang mewakili Umno pada pilihan raya kecil Semenyih yang bakal berlangsung 2 Mac ini di Selangor.

Desas-desus tersebar di media sosial hari ini mengatakan Farid yang merupakan pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan di Kolej Universiti Islam Selangor, dicadangkan menjadi salah seorang calon Umno.

Ketika dihubungi oleh Malaysiakini, Farid menolak spekulasi itu, mengatakan beliau telah menerima banyak mesej di telefonnya hari ini untuk mendapatkan pengesahan mengenai pencalonann itu.

"Saya tidak tahu, saya mendapat soalan yang sama dalam beberapa kumpulan Whatsapp. Ahli-ahli kumpulan menghantar gambar tangkap layar dari Facebook dan Instagram mengenai spekulasi itu yang disertakan bersama gambar saya termasuk satu foto saya dengan keluarga saya.

"Saya bukan salah seorang calon dan saya tidak berniat untuk menyertai politik kerana saya mahu memberi tumpuan kepada usaha dakwah," katanya.

Tokoh Maal Hijrah itu juga mengatakan tiada seorang pun dari Umno yang datang bagi berbincang mengenai dirinya menjadi salah seorang calon pilihan raya kecil itu.

Dedah niat kepada media

"Tiada siapa yang datang dan bertanya kepada saya sama ada saya mahu bertanding (untuk pilihan raya kecil) atau tidak, jika benar, saya akan mendedahkan niat saya kepada media, saya tidak ada apa-apa untuk disembunyikan," katanya.

Ketua Umno Semenyih Johan Abd Aziz berkata beliau menghormati keputusan Farid, tetapi enggan mengulas jika Farid berada dalam senarai pendek nama-nama calon yang telah diserahkan kepada kepimpinan.

"Saya menghormati keputusannya. Beliau berkata perkara yang sama (memberi tumpuan kepada dakwah) sebelum pilihan raya umum lalu," katanya.

Johan berkata bahagian itu telah mencadangkan enam nama termasuk dari sayap Pemuda dan Wanita.

"Umno memberi tumpuan kepada calon yang boleh menang dan seseorang yang memiliki hubungan akrab dengan penduduk tempatan," katanya.

Beliau berkata lagi, kerjasama antara Umno dan PAS, serta sentimen penduduk tempatan mengenai janji-janji manifesto PRU14 PH akan membawa kepada kemenangan Umno di Semenyih.

Johan menjangkakan kepimpinan Umno akan mengumumkan calon berkenaan pada 13 atau 14 Februari ini.

Lihat Komen
ADS