mk-logo
Berita
'Banjir sekali dalam seabad' di Australia: Rakyat M'sia selamat - Wisma Putra
Diterbitkan:  Feb 4, 2019 11:33 PM
Dikemaskini: 5:50 PM

Lima puluh rakyat Malaysia yang kini berada di bandar Townsville di Queensland, Australia yang dilanda banjir dilaporkan selamat.

Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata keadaan di kawasan yang terjejas masih berisiko tinggi kerana hujan lebat dijangka berterusan untuk beberapa hari akan datang.

Rakyat Malaysia yang melawat atau tinggal di kawasan-kawasan yang terjejas dinasihatkan supaya berwaspada dan terus mengikuti laporan berita tempatan dan keadaan cuaca, kata kenyataan itu.

"Wisma Putra melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra dan Konsulat Malaysia di Sydney, akan terus memantau keadaan dan akan berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan," menurut satu kenyataan Kementerian Luar di Kuala Lumpur.

Banjir itu yang disifatkan berlaku “sekali dalam seabad" berpunca daripada hujan lebat yang tidak normal semasa musim tengkujuh dan memaksa beribu-ribu penduduk meninggalkan rumah masing-masing kerana hujan lebat dijangka berterusan.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular dinasihatkan untuk menghubungi sama ada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra atau Konsulat Malaysia di Sydney seperti butiran di bawah:

Suruhanjaya Tinggi Malaysia

7 Perth Avenue,

Yarralumla ACT,

2600,

Canberra

Tel : +612 61200300

+614 13683625 (Cik Nor Afzan)

E-mel : [email protected]

atau,

Konsulat/ Pendidikan Malaysia

67 Victoria Road,

Bellevue Hill,

NSW 2023

Tel : +61403 403 132 (Encik Khalil Zaiyany - Education Malaysia)

+61478 180 448 (Encik Ahmad Zuriat - MARA)

E-mel : [email protected] / [email protected]

- Bernama

Lihat Komen
ADS