Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sembilan maut dalam kebakaran di Filipina
Diterbitkan:  Feb 7, 2019 4:19 PM
Dikemaskini: 8:19 AM

Sembilan orang terbunuh selepas sebuah rumah di Bandaraya Pasay di ibu negara Filipina hangus dijilat api pagi tadi, demikian menurut biro jabatan bomba negara itu.

Kebakaran berlaku kira-kira 2.10 pagi di sebuah rumah di Maricaban, Manila meragut nyawa mangsa berumur antara tiga dan 44 tahun, manakala seorang lagi wanita terselamat, lapor agensi berita Xinhua.

Api berjaya dipadam kira-kira sejam kemudian dan punca kejadian masih disiasat.

-- Bernama

Lihat Komen
ADS