Paling Popular
Terkini

BN akan mengadakan mesyuarat untuk memutuskan siapa bakal dilantik sebagai ketua pembangkang menggantikan Dr Ahmad Zahid Hamidi, kata Mohamad Hasan.

Menurut pemangku presiden Umno itu pertemuan tersebut akan diadakan secepat mungkin kerana Dewan Rakyat akan bersidang semula pada Mac ini.

"Saya akan panggil (mesyuarat) secepat mungkin," katanya di Shah Alam hari ini.

Untuk rekod presiden Umno yang mengisi kekosongan Najib Razak selepas parti itu ditolak pengundi dalam PRU ke-14 lalu ialah Ahmad Zahid.

Anggota parlimen Bagan Datuk itu juga dilantik menjadi ketua pembangkang di parlimen. Bagaimanapun beberapa perkembangan dalaman Umno memaksa Ahmad Zahid bercuti dan tugasnya diserahkan kepada Mohamad yang juga timbalan presiden Umno pada Dis 2018.

Tempoh percutian Ahmad Zahid juga tidak ditetapkan pengakhirannya.

Ahmad Zahid berdepan 45 tuduhan jenayah rasuah dan salah guna kuasa melibatkan dana lebih RM114 juta.

Mohamad berkata demikian kepada media selepas menghadiri forum Bicara Minda di Shah Alam hari ini.

Bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Johan Jaffar, menjadi pemudah cara program berkenaan.

Menurut Mohamad apabila Ahmad Zahid bekas timbalan Najib itu turut melepaskan semua tugasnya, termasuk sebagai ketua pembangkang.

"Pengerusi BN (beliau) lepaskan. Tugas presiden saya jalankan. Skrg jawatan ketua pembangkang masih kosong kerana Ahmad Zahid telah mengosongkan jawatan kerana bercuti," katanya.

Pada masa sama, apabila ditanya sekiranya pemangku timbalan presiden Ismail Sabri akan memegang jawatan tersebut, beliau hanya menjawab:

"Jika anda merasakan demikian, kenapa tidak? (If you think so, why not? If you think so)."

[Berita lanjut menyusul]

Lihat Komen
ADS