Malaysiakini
BERITA

'Saya tak pernah kata ada ijazah, saya dibuang ITM'

Diterbitkan
Dikemaskini 9 Feb 2019, 3:12 petang

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu menafikan dakwaan beliau mempunyai ijazah palsu, dan berkata beliau memang tidak pernah tamat pengajian di universiti.

"Kononnya saya ada diploma atau ijazah kulinari. Dari dulu saya tak pernah sebut.

“Sebenarnya saya dibuang ITM (Institut Teknologi Mara)," katanya seperti dipetik laman Free Malaysia Today.

Beliau berkata kemungkinan kemahirannya dalam memasak menyebabkan ramai menyangka beliau mempunyai ijazah dalam bidang itu.

Susulan dakwaan ijazah palsu yang melanda Timbalan Menteri Luar Marzuki Yahya, dakwaan serupa kepada beberapa menteri lain, antaranya Mohamad, turut disebarkan di media sosial.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu itu memang diketahui pandai memasak, dan malah kemahirannya itu mendapat pujian Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Mahathir sebelum ini berseloroh Mohamad belajar memasak di Taiping, merujuk kepada penahanannya di Kem Tahanan Kamunting bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada akhir dekad 1980-an.

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.