Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Sijil akademik: Bukan masalah besar asalkan amanah - Khalid

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara Khalid Abdul Samad berkata isu kelayakan akademik membabitkan pemimpin Pakatan Harapan perlu diperjelas kepada umum khususnya yang melibatkan universiti tanpa akreditasi.

Khalid yang juga Menteri Wilayah Persekutuan turut berpandangan isu memperoleh sijil daripada universiti yang tidak diiktiraf bukan masalah besar asalkan pemimpin terbabit mempunyai sifat amanah.

“Yang penting akhirnya ialah orang yang diberi amanah itu mempunyai sifat 'keamanahan'.

“Mereka mesti berusaha sebaik mungkin untuk menunaikan tanggungjawab dengan semua kemampuan yang ada pada diri... Itu yang penting," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Putrajaya Park's Day di Taman Wetland, di Putrajaya hari ini.

Sementara itu, mengulas tentang 12 setiausaha politik kepada menteri yang dilaporkan masih gagal mengisytiharkan harta masing-masing kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Khalid berkata isu tersebut dalam perhatian Jabatan Perdana Menteri.

“Kadangkala ada yang sudah diterima (SPRM) tetapi lambat dimasukkan (dalam portal khas mydeclaration.sprm,gov.my),” katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS