Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis tahan 9 disyaki terbabit aktiviti pelacuran di Kluang

Polis menahan sembilan individu termasuk tujuh warga asing selepas disyaki terbabit dalam aktiviti persundalan di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Abduh Ismail berkata kesemua mereka yang berusia 29 hingga 61 tahun ditahan menerusi dua serbuan yang masing-masing dilakukan pada 1 dan 8 Feb lalu.

Serbuan pertama pada 10 malam, 1 Feb lalu menyaksikan seorang lelaki tempatan berusia 61 dan tiga wanita warga asing berusia 39 hingga 44 tahun ditahan kerana disyaki terbabit aktiviti pelacuran di sebuah rumah di Flat Haji Manan di sini, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya mereka dipercayai menjalankan kegiatan itu menerusi aplikasi WeChat.

Beliau berkata siasatan lanjut mendapati lelaki itu mempunyai dua rekod jenayah lampau dan kesemua mereka direman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan menurut Seksyen 372A dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

Serbuan kedua pula katanya dilakukan di sebuah hotel di Jalan Datuk Rauf di sini, pada 10.15 malam yang menyaksikan seorang lelaki warga tempatan ditahan dan tiga wanita serta seorang pondan warga asing diselamatkan.

Lelaki warga tempatan berusia 42 tahun itu dipercayai dalang kegiatan, katanya.

Menurutnya siasatan lanjut mendapati lelaki berkenaan tidak mempunyai rekod jenayah.

Kes disiasat menurut Seksyen 12, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007, katanya, menambah ketiga-tiga wanita warga asing terbabit telah dihantar ke pusat perlindungan di Johor Bahru sementara pondan berkenaan pula dihantar ke pusat perlindungan di Melaka.

- Bernama

Lihat Komen
ADS