Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Sepuluh tahun yang lalu pada bulan ini, kerajaan Perak yang diketuai Pakatan Rakyat tumbang selepas tiga wakil rakyatnya berpaling tadah.

Tindakan dua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dari PKR dan seorang lagi dari DAP keluar parti dan memberi sokongan kepada BN menyaksikan kerajaan negeri yang diterajui Menteri Besar, Mohamad Nizar Jamaluddin hanya bertahan kurang daripada setahun.

Sempena ulang tahun ke-10 krisis berkenaan, Malaysiakini menyingkap semula peristiwa yang turut dikenali sebagai krisis perlembagaan Perak, watak-watak yang terlibat serta perkembangan mereka pada hari ini.

Selepas satu dekad, krisis berkenaan masih relevan kerana senario yang sama berulang di beberapa negeri berikutan perubahan kerajaan pada pilihan raya umum 2018.

Pada Mei tahun lalu, di Perak, situasi berubah apabila dua wakil rakyat BN menyokong Pakatan Harapan, sekali gus mengakhiri kebuntuan apabila tiada parti politik mempunyai majoriti yang jelas.

Malaysiakini membawakan satu siri laporan khas yang akan diterbitkan mulai hari ini sehingga 13 Feb.

Hari ini, Malaysiakini melancarkan laman khas bagi sorotan Sepuluh Tahun Krisis Perak.

Pada laman khas ini, pembaca boleh menyongkap semula Garis Masa Krisis Perak 2009 serta watak-watak utama yang terlibat.

Esok pula, Malaysiakini akan mengupas topik kesan undang-undang antilompat parti.

Lihat Komen
ADS