Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan: Razif letak jawatan ketua pembangkang DUN T'ganu
Diterbitkan:  Feb 11, 2019 4:50 PM
Dikemaskini: 9:55 AM

Bekas menteri besar Terengganu yang juga adun Seberang Takir Ahmad Razif Abd Rahman dilaporkan letak jawatan sebagai ketua pembangkang di DUN negeri itu.

Menurut laporan Harian Metro hari ini, tindakan itu dipercayai untuk memberi laluan kepada Adun Kijal Ahmad Said - bekas menteri besar sebelum Ahmad Razif - memegang jawatan itu, susulan pelantikannya sebagai pengerusi Umno Terengganu bulan lalu.

Menurut laporan itu lagi, surat peletakan jawatan Ahmad Razif telah dihantar kepada Yang Dipertua DUN Terengganu, Yahya Ali, minggu lalu.

Beliau dilantik sebagai ketua pembangkang pada 1 Julai 2018.

Beliau menjadi menteri besar Terengganu sejak 2014 hingga Mei 2018, apabila PAS menang di Terengganu pada PRU ke-14.

Ahmad Said pula memimpin negeri itu sejak 2008 hingga 2014.

Setiausaha DUN Terengganu Zulkifli Isa mengesahkan menerima surat peletakan jawatan Ahmad Razif, bagaimanapun berkata Yahya belum melihatnya kerana kurang sihat.

Lihat Komen
ADS