Bersatu tidak akan mengambil tindakan terhadap Setiausaha Agungnya Marzuki Yahya mengenai isu kelayakan ijazahnya, maklum Presiden parti dan Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin.

"Tidak ada (tindakan), saya rasa dia telah memberi penjelasan yang mencukupi, menjelaskan situasi sebenarnya, orang boleh kata apa-apa tapi saya telah duduk bincang, dan dia telah keluarkan kenyataan.

"Mungkin org tak puas hati, itu soal lain lah, tapi penting untuk dia jelaskan hakikatnya dan dia telah menafikan, dia tak pernah kata dia duduki sijil University of Cambridge (di UK), dia kata dia daripada Cambridge USA, saya pun tak tahu sangat.

"Orang boleh spin, tapi bagi saya cukup, memadai (kenyataan itu), " katanya kepada pemberita selepas melawat Batalion ke-4 Pasukan Gerak Am di Semenyih hari ini.

Menurut Muhyiddin lagi Marzuki tidak perlu melepaskan jawatannya di dalam Bersatu.

"Beliau kekal sebagai setiausaha agung (Bersatu), soal jawatan kabinet itu PM punya prerogative (kuasa)," jelasnya.

Pada 6 Februari lalu, Marzuki menjelaskan ijazahnya di dalam pentadbiran perniagaan dari Cambridge International University (CIU) yang berpengkalan di Amerika Syarikat.

Kelayakan akademik beliau dipertikaikan selepas suatu laporan polis dibuat mendakwa Marzuki berbohong mendapatkan ijazahnya dari University of Cambridge di United Kingdom.

Pengkritik meyifatkan CIU sebagai 'kilang ijazah'.

[Baca berita penuh]