Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Jangan sambut Valentine, gesa ulama PAS
Diterbitkan:  Feb 12, 2019 4:33 PM
Dikemaskini: 8:33 AM

Ketua Dewan Ulama PAS Sabah Mustaqim Aling menyeru umat Islam tidak meraikan Hari Valentine.

Katanya, amalan itu bertentangan dengan ajaran Islam, selari dengan keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dan Majlis Fatwa Negeri Sabah.

“Perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya bercampur dengan perbuatan maksiat adalah dilarang dalam Islam,” katanya.

Dalam kenyataan di Harakahdaily, Mustaqim meminta semua pihak terutamanya pihak masjid dan surau, sekolah dan institusi pengajian semua peringkat agar menguar-uarkan larangan itu.

Katanya, golongan remaja Islam kerana masih ghairah menyambut Hari Valentine.

“Antara perkara yang sangat menyedihkan lagi ialah apabila iklan melalui media sosial dilakukan secara besar-besaran.

“Ini khususnya dilakukan oleh pihak hotel dan restoran-restoran,” ujar beliau.

Lihat Komen
ADS