Paling Popular
Terkini

Kontrak Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad tidak akan disambung, kata sumber.

Tempoh perkhidmatannya akan berakhir pada 22 Februari ini, sehari sebelum ulang tahun keduanya menjawat jawatan itu.

Sumber juga mendedahkan bahawa jamuan penghargaan akan diadakan bagi menghargai tugasnya pada malam itu.

Malaysiakini sudah menghubungi pejabat Madinah bagi mendapatkan pengesahannya.

Madinah, 62, memulakan tugas pada 23 Februari 2017, menggantikan Ambrin Buang.

Lantikannya itu ketika itu mengundang kontroversi memandangkan suaminya seorang anggota Umno.

Ia juga dibuat di tengah-tengah siasatan terhadap 1MDB yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Najib Razak.

November lalu, Madinah berkata Najib dan beberapa pihak lagi terlibat mengubah Laporan Audit Negara 2016 berkaitan 1MDB.

Setakat ini masih belum jelas siapa akan menggantikan Madinah.

Lihat Komen
ADS