Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Najib bukan 'bossku' tapi 'pencuriku', kata Azmin
Diterbitkan:  Feb 13, 2019 8:32 AM
Dikemaskini: 1:26 AM

PRK SEMENYIH | Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menolak gelaran 'bossku' yang digunakan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak sebaliknya menggelar beliau sebagai 'pencuri ku'.

"Bagi saya dia bukan 'bossku' tapi 'pencuri ku'," kata Azmin ketika pelancaran Bilik Gerakan Wanita Pakatan Harapan (PH) di Semenyih malam tadi, seperti yang dilaporkan oleh The Malay Mail.

Beliau juga mempersoalkan mengapa Najib menangguhkan perbicaraan berkaitan SRC International Sdn Bhd, yang sepatutnya bermula hari ini.

Mahkamah Rayuan sebulat suara membenarkan permohonan Najib menangguhkan perbicaraan sementara menunggu rayuan untuk memindahkan kes itu dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

"Jika 'bossku' benar-benar yakin dia tidak bersalah mengapa tangguhkan perbicaraan kamu?" soal Azmin.

Najib didakwa atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram, tiga pertuduhan pecah amanah dan satu tuduhan salah guna kuasa dalam kes SRC International. 

Bekas presiden Umno itu secara konsisten menegaskan perbicaraan itu akan membuktikan beliau tidak bersalah.

Menjelang pilihan raya kecil Semenyih semakin hampir, Azmin turut mencabar Najib berkempen di kawasan itu seperti yang dilakukannya di Cameron Highlands.

"Baru sekarang menunggang motosikal, makan roti canai, pakai sarong, walaupun salah dan menaiki teksi. Walaupun ini boleh berjaya di Cameron Highlands, saya ingin melihat dia cuba di Semenyih.

"Melayu di Semenyih tidak sama seperti di Cameron Highlands. Mereka bukan 'Melayu' pekan. Sebab itu saya mahu lihat jika 'bossku' datang sini atau tidak," kata Azmin yang mengatakan akan mendedahkan Najib sebagai pencuri pada PRK berkenaan.

PRK Semenyih dijadualkan pada2 Mac manakala hari penamaan calon ditetapkan pada Sabtu ini.

Lihat Komen
ADS