Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

Bukan "pencuriku" tapi "pencuri hati rakyat", kata bekas perdana menteri Najib Razak.

Berikut jawapan spontan Najib ketika ditanya berkenaan tindakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali yang menolak gelaran 'bossku' yang digunakannya, sebaliknya menggelarkannya sebagai 'pencuriku'.

"Saya pencuri hati rakyat," katanya Najib ringkas kepada pemberita.

Jawapan itu disambut sorakan hampir seribu yang menyertai program Jom Santai Bersama Bossku di sebuah pasar raya di Semenyih, malam ini.

Berpakaian serba hitam, beliau tiba bersama rombongannya sekitar pukul 8.30 malam.

Beliau menerima sambutan hangat hadirin dengan laungan takbir, "malu apa bossku" dan "bos kita" menyambut ketibaannya.

Najib berkata tidak menyangka menerima sambutan seperti itu dan berharap ia dapat diterjemahkan dalam bentuk sokongan pada PRK Semenyih yang bakal menjelang.

"(Ini) suasana yang amat tidak saya sangka sama sekali, menunjukkan rakyat memang nak dekat dengan saya sebagai pemimpin," katanya yang juga bekas presiden Umno.

Selain berbual bersama-sama pengunjung dan pekerja di pasar raya itu, beliau juga dilihat membeli barangan keperluan.

Ketika diminta mengulas harga barangan yang dijual, beliau berkata tidak sempat untuk membuat tinjauan secara keseluruhan kerana "terlalu ramai orang mengerumuninya".

"Jadi saya tak dapat buat tinjauan, tapi daripada komen orang ramai mereka mengeluh dengan harga barang yang meningkat," katanya lagi.

Berkenaan kesediaannya untuk berkempen dalam PRK Semenyih, beliau berkata terbuka untuk berbuat demikian jika mendapat undangan.

"Saya diminta oleh kepimpinan (BN) tempatan untuk buat lawatan sambil meninjau keadaan di sini," katanya lagi.

Turut hadir mengiringi Najib adalah anggota Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam, Ketua Umno Sungai Besar Jamal Md Yunos dan bekas adun Semenyih Johan Aziz.

Lihat Komen
ADS