Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Muhyiddin: PRK Semenyih medan uji kesetiaan 7 bekas MP Umno

Pilihan raya kecil Semenyih akan menjadi platform untuk menguji kesetiaan dan keikhlasan mereka membantu parti bagi beberapa anggota Parlimen Umno, yang kini menjadi anggota Bersatu.

Jawapan itu diberikan oleh Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin apabila diajukan soalan oleh wartawan sama ada tujuh anggota parlimen akan membantu kempen Pakatan Harapan di Semenyih.

“Mereka mungkin akan turun. Di pertemuan yg dibuat mereka menyatakan komitmen dan ini platform pertama yang menguji kesetiaan dan keikhlasan mereka.

“Insyallah mereka akan turun (sertai kempen kita)," katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan calon Pakatan Harapan untuk pilihan raya kecil itu.

Ketujuh-tujuh anggota parlimen itu ialah Hamzah Zainudin (Larut), Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Latiff Ahmad (Mersing), Shabudin Yahaya (Tasek Gelugor), Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah), Mohd Fasiah Mohd Fakeh Ermieyati Samsuddin (Masjid Tanah).

Seentara itu, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohmad yang juga adalah perdana menteri telah menjawab soalan itu secara panjang lebar.

“Kita terima penjelasan itu dengan baik. Bagi saya, penjelasan dah dibuat mengapa Bersatu terima tujuh ahli Bersatu tersebut. Kita terima penjelasan tersebut.

“Saya kira justifikasi itu saya boleh terima dan kita harus maju ke depan. Dan ini satu faktor yang boleh menyumbang kerana bekas MP berkenaan akan turun ke bawah dan bertemu anggota Umno supaya mereka memahami keperluan utk meninggalkan Umno.

“Umno sebuah parti yg telah rosak. Kemasukan mereka bukan kerana batang tubuh mereka, tapi mereka ada peranan untuk jelaskan kepada ahli Umno, akar umbi,” katanya.

PRK DUN Semenyih diadakan berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor, pada 11 Jan lalu akibat serangan jantung.

Pada PRU14, Allahyarham Bakhtiar, 57, yang mewakili Bersatu, menewaskan tiga calon lain iaitu Datuk Johan Abd Aziz (Barisan Nasional), Mad Shahmidur Mat Kosim (PAS) dan S. Arutchelvan (PSM) dengan majoriti 8,964 undi.

Bakhtiar, yang juga Ketua Bahagian Bersatu Hulu Langat, memperoleh 23,428 undi.

Lihat Komen
ADS